Wednesday, July 20, 2011

Syukran Jazilan

Manusia sentiasa tak puas hati dengan apa yang dia ada.Selalu mengeluh apabila kehendak hati tak dapat dipenuhi...ini lah realiti kehidupan manusia...jarang sangat nak bersyukur....tapi Allah tu Maha Adil, sebabnya, Dia ade berkata, sesiapa yang rajin meminta daripadaNya, tanpa rasa jemu, pasti Dia akan memperkenankan permintaan hambaNya. Cuma cepat atau lambat je...Salah satu impian saya telah diperkenankan...

Alhamdulillah, kehidupan hari ni penuh dengan rasa kasih dan sayang...Terbukti, payahnya nak membina sebuah keluarga kalau tak ada sifat kasih sayang, tolak ansur dan kepercayaan antara satu sama lain. Terima kasih kat En.Mohd Zaki Adam sebab tak pernah meragui tentang kesetiaan si isteri...semoga rasa kasih, sentiasa berlegar di dalam hidup kita...Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, July 19, 2011

my family

             Mansor Abd Rahman + Zaleha bt Hussien maka dapatlah kami:

                              Ruhayu bt Mansor + Abd Ghani Sanusi
                              Maisarah bt Mansor + Mohd Hazli Hassan
                              Hafizullah b Mansor + Zalehariza bt Ahmad
                              Maswani bt Mansor + Mohd Zaki Adam
                              Ramdhanis bt Mansor + ??????
                               

Tuesday, March 8, 2011

aku wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

Monday, March 7, 2011

LAGU KITA

DALAM TAMAN SYAHDU-SITI NURHALIZA

rintik hujan gerimis yang tiba
mengiring retak kasih rinduku
amat dalam luka yang ku rasa
makin terpendam kian membakarku

perasaanku terpinggir dan menyepi
kehilanganmu amat menyakitkan

di dalam jiwa ini masih tak mengerti
aku rindu belaian kasihmu
walaupun cinta kita ditakdirkan berpisah
dpintu syurga ku menantimu
dipintu syurga ku menantimu

terpenjara tersepit dan meronta
merintihi kegersangan
tinggallah kekasihku dalam taman syahdu
ku melangkah penuh rasa pilu

diselami erti cinta
pastikan berjumpa
disana cinta kekalselamanya
disana cinta kekal selamanya

Saturday, February 12, 2011

anak ummi sayang

QISTINA BT MOHD ZAKI...LAHIR PD 29.8.2009..DI HOSPITAL SG BULOH..NI LAH ANAK SULONG UMMI...SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN UMMI ANAK-ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH...

HIDUP UMMI DAN ABAH LEBIH SERONOK BILA ALLAH KURNIAKAN KPD KAMI SEORANG BABY GIRL...QISTINA...ANAK YG SIHAT DAN  COMEL. ANAK UMMI BAIK, XMERAGAM PUN...SAMPAI LA SEKARANG NI, XBYK KARENAH....TQ SYG SBB XBYK SUSAHKAN UMMI...

APE YG UMMI HARAPKAN, ANAK UMMI SENTIASA SIHAT WLWPUN ABAH TAK TINGGAL SEKALI DGN KITA..KITA DOA SAMA2 YE SYG, SMOGA ALLAH BG KITA PELUANG UTK TINGGAL SAMA2 DGN ABAH...AMIN...


KASIHNYA ALLAH

Setiap hari kita mengharapkan sesuatu yg indah bg kita.Setiap hari harapan kita adalah untuk sentiasa duduk dlm kehidupan yg tidak berliku, hidup yg sentiasa tenang dan aman dari pelbagai musibah. Jika berlaku sesuatu yg tidak kita inginkan, maka kita akn mula merasakan ketidakadilan telah berlaku dlm hidup kita.

Tetapi sebenarnya, ape yg berlaku itu adalah tanda kasih syg Allah kpd kita yg menjadi hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Ahmad dari Aisyah r.a yg bermaksud " apabila seseorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan utk menghapuskan dosa-dosanya, maka Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan utk menghapuskan dosa-dosanya".

Ingatlah semua, bahawa apa yg berlaku di dalam hidup kita adalah 1 ujian untuk menguji keimanan kita kpd Allah serta, tanda Allah sentiasa menyayangi kita walau siapa pun kita sebenarnya.

Monday, February 7, 2011

derhaka kepada ibu bapa

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”
Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.
Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?
Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.
Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.
Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.
Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.
Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.
Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.
Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.
Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.

ya allah! jadikan aku dan suami anak yg taat kedua org tua.. serta, jadikan anak2ku anak yg taat padaMu dan kedua org tuanya...AMIN...

tentang Ummi Q

My photo
seorang isteri dan ibu....